YOU ARE THE NUMBER

web counter
Heart : Bila mereka nak berbaik ? :'(

Monday, July 4, 2011

Tahi kambing ke tahi bintang ni ?

Assalamualaikum w.b.t
Hey readers, mesti korang boring kan bila bukak blog Yyn asyik post yang same je. Takde post baru pun. And lepas ni korang akan boring kembali lah sebab Yyn dah malas nak online dah. Nak online pun boring gila dou. Facebook sekarang dah macam hampeh dah. Bosan dou facebook sekarang ni. Blogger ? Hm, no idea pula kan nak update pun. Nak bercerita pun takde benda yang special or best pun yang nak dikongsikan.
Lebih-lebih lagi sekarang Yyn kesuntukkan mase dengan SPM akan datang ni. Wey pressure wokk dengan SPM yang semakin hampir ni. Makin hampir hari SPM makin frust, stress, pressure semuanya lah ada.

Fuuh, ni dah jauh lari tajuk ni kan. Macam ni, kita terus ke tujuan sebenar Yyn nak post ni ea. Tadi kat sekolah macam biasa lah kami belajar. And Yyn pun dapat ayat baru dari kawan-kawan Yyn. Tadi mase balik si Aleen cakap ' So what ! ' kat dua ekor jejaka yang tak berapa nak handsome sangat kat kelas Yyn. Then yang si jejaka ni pual balas ' so what bulat-bulat tahi kambing' HAHA Yyn dah pelik dah. Kenapa dorang cakap macam tu. Bila tanye kat dorang. Dorang kata ayat tu sesuai untuk jawap soalan ' So What ? ' ni HAHA

Bila teringat balik ayat ' bulat-bulat tahi kambing ' terlintas pula kat kepala Yyn kenangan yang ' tak boleh bla '  aa nak dikatakan ni HAHA. Macam ni ceritanya, dulu mase Yyn kecik-kecik, time tu bulan puasa and tinggal berapa hari je nak Raya. Yyn dengan family Yyn pun balik lah kampung. Kampung papa kat Melaka tu. Satu petang kat kampung, Angah Yyn tibe-tibe datang kat Yyn and kacau-kacau Yyn. Yyn pun bengang aa dah Yyn jadi bahan circuss dia pula kan. Then macam biasa lah kerja kanak-kanak ribena. Yyn pun kejar lah Angah Yyn satu keliling rumah nenek tu. Sampai kat jalan, Yyn nampak banyak biji-biji au. Sekali pandang macam buah cherry. Yyn pun amik aa ' buah cherry ' tu then baling kat angah. Yyn tak sure lah sama ada, ada or not antara ' buah cherry ' balingan Yyn tu masuk ke mulut angah. Rasenye macam ada lah. Tapi, tah tak ingat. Tengah khusyuk buad sukan balingan ' buah cherry ' tu, Mama Yyn pun datang. Dia tanye Yyn kenapa baling benda tu kat Abang Ngah. Yyn just gelak jela. Then mama cakap benda tu sebenarnye tahi kambing. HAHA, tertelan air liur angah dengan Yyn time tu. Rasenye terbatal puasa Angah HAHA

Tu lah kenangan yang tak bole bla. huhu hope korang enjoy lah dengan cerita Yyn yang tak seberapa ni.
OK, lepasni Yyn dah jarang online. So doakan Yyn dapat result yang cemerlang k ☺

No comments:

Post a Comment