Daisypath Wedding tickers

YOU ARE THE NUMBER

web counter
Heart : Bila mereka nak berbaik ? :'(

Saturday, July 23, 2011

Petua NekYang - lebatkan rambut & lembutkan rambut -

Assalamualaikum. 
Lagi sekali Yyn post blog dengan petua-petua tradisional.
Yyn memang amik petua ni dari blog orang. Contoh Petua Sejagat & Zikri Husaini.
Yyn bukan nak tiru bulat-bulat petua ni. Macam Yyn cakap kat post sebelum ni.
Tak salah kan untuk kita berkongsi bersama. Or sebarkan benda yang baik.

Ok, taknak bebel panjang. Jom kita lebatkan rambut yang nipis, lembutkan rambut yang agak kasar☺

LEBATKAN RAMBUT !

 ?
Bahan-bahan :

~ Sebiji kelapa
  1. Perahkan santan kelapa dengan air suam. INGAT ! perah sekali sahaja.
  2. Basahkan rambut. Lumurkan pati santan tadi di rambut anda. dan seharusnya biar sampai ke akar rambut k.
  3. Perapkan rambut dengan tuala kering. Tunggu selama 20-30 minit. Proses ini adalah untuk santan itu serap ke akar rambut.
  4. Cuci rambut dengan air suam dan keringkan rambut.
  5. Tertib !
*untuk petua yang lain, korang boleh pergi kat blog ni ----'> SINI ! SINI !

LEMBUTKAN RAMBUT !

Bahan-bahan :

~ 10 helai daun bunga raya

  1. Tumbuk 10 helai daun bunga raya tadi sehingga halus.
  2. Sapukan daun bunga raya yang telah ditumbuk tadi di rambut dan seperti biasa, pastikan hingga ke akar rambut.
  3. Balutkan rambut denga plastik atau shower cap selama 30-40 minit.
  4. Cucikan dengan air sejuk dan keringkan nya.
  5. Amalkan 2 kali seminggu atau seminggu sekali.
SELAMAT MENCUBA GUYS !

No comments:

Post a Comment