Daisypath Wedding tickers

YOU ARE THE NUMBER

web counter
Heart : Bila mereka nak berbaik ? :'(

Monday, May 30, 2011

Kisah Hantu di Malam Jumaat.

Orang kata malam Jumaat elok le buat amal ibadat...jangan merayau malam-malam, takut hantu ikut pulang. Hantu ni pun banyak spesisnya. Kat bawah ni ada beberapa jenis hantu yang aku dapat 'cekup' dalam sebuah blog kisah jenaka...

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjenguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang perempuan yang kejam, hobinya menanggalkan poster atau bendera. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan semua bendera atau poster pilihanraya tak kira dimana jua. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Dilaporkan hilang ketika menanggalkan bendera pilihanraya terbesar yang terletak dipuncak Genting Highland... sekarang selalu kedengaran hilaian ketawa dipuncak bukit tersebut..

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, mulanya orang yang suka main Komputer surf internat sampai 24 jam hingga tak ingat dunia. Disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer...akhir sekali di sebutlah hantu KOM-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja.... sama la macam korangggg!!!! hehehe =)

No comments:

Post a Comment